Friday, May 11, 2012

Berdiam Diri Tidak bermaksud Kalah
Berdiam Diri Tidak Bermaksud Rela Di perbodohkan
Berdiam Diri Tidak Bermaksud Rela Di permainkan
Berdiam Diri Tidak Bermaksud Tidak Tahu apa-apa
Berdiam Diri Tidak Bermaksud Nak Tunjuk "cool"

Tuesday, April 26, 2011

Zaman Dahulu Dan Zaman Sekarang....

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua rakan2 dan pembaca blog yang setia.. cewaahh.. haha~
Bende Ni dah lama sebenarnya aku nak tulis.. tapi  masa x mengizinkan...
hari ni terdetik hati nak tulis walaupun sekarang ni aku berada dalam pejabat.. ^^ x pe ambil mase sikit untuk kebaikan kita bersama.... hari ni aku nak berkongsi akal pemikiranku dan mungkin anda semua juga pernah terfikir.... Kita lihat pada zaman ini segala apa yang kita inginkan mudah di perolehi berbanding zaman dahulu.... zama dahulu blanje sekolah 50sen sekarang  5 ringgit, zaman dulu nak pergi sekolah @ pergi kerja terpaksa jalan kaki @ naik basikal @ Kenderaan Awam, Tapi zaman sekarang mak ayah hantar @ kenderaan sendiri ( mak ayah belikan @ mudah diperolehi ), Kita dapat Lihat Perbezaan Yang amat Ketara zaman dahulu dengan zaman sekarang... Kesusahan, Penderitaan mengajar erti kehidupan, Dari susah Hingga menjadi senang.. itu semua pengalaman dan bila menghadapi kesukaran atau kemiskinan.. orang zaman dahulu dapat menghadapi dan mengatasinya kerana mereka mempunyai pengalaman merasai keperitan hidup sebelum berjaya tapi orang zaman sekarang yang mula hidup dengan kemewahan dan kesenangan apabila mereka menghadapi kesukaran mereka x dapat atasinya dan itu yang sampai sanggup bunuh diri kerana tak sanggup menghadapi keperitan hidup.
Betapa susahnya mencari rezeki dahulu 
 Betapa Sukarnya mereka( atok, nenek, ayah, ibu) Mencari rezki untuk menyara hidup mereka dan anak2 mereka hingga mereka berjaya, mereka x ingin anak mereka melalui keperitan hidup di zaman dahulu tapi ada terjadi.... anak2 mereka manja hinggakan sanggup menderhaka kepada mereka, Pantang susah sikit... mula memberontak mula cari jalan mudah seperti mencuri, merompak, da sebagainya, si anak langsung tidak menghargai dan memikirkan betapa peritnya kehidupan ibu bapa demi memberikan yang terbaik untuk anak2 mereka.. Apa
yang si anak tahu hanya meminta wang dari ibu bapa, bila x dapat mula memberontak, dan cakap yang bukan2 pada ibu bapa mereka.. Si Anak telah hanyut dengan keseronokan dunia yang semakin maju dan serba canggih, segalanya boleh di dapati dengan mudah, Si Anak Hanya Memikirkan Tentang dirinya sendiri tanpa menghiraukan perasaan ibu bapa mereka,, Bila dapat duit dari ibu bapa, di habiskan untuk kepuasan diri sendiri, segala nasihat dari ibu bapa tidak di endahkan, ANAK DERHAKA namanya... Ayah aku pernah berkata pada aku.... Seorang "IBU" mampu menjaga 10 orang "ANAK" akan tetapi 10 orang "ANAK" belum tentu dapat menjaga seorang ibu.. fikirkanlah.....

Thursday, April 7, 2011

Muahasabah Diri dan Lakukan Perubahan

Assalamualaikum w.b.t
Sekian lama x update blog baru tergerak hati nak update blog hari ni...

Setelah Puas Berfikir nak buat apa pada blog ni.... Hari ini dah dapat keputusan...

Sebelum ni blog ni hanya tertulis tentang pengalaman, apa yang di lakuakn, cerita2 ttg diri aku dan kawan2, dan ayat pulak tunggang langgang, Bukan semua orang suka baca tentang diari kehidupan seseorang, lain orang lain persepsi, orang tua2 ckp rambut sama hitam tapi hati lain2....

Insyaallah lepas ni Marilah Kita Muhasabah diri bersama- sama, memikirkan mana yang terbaik dan mana yang buruk... Berkongsi pendapat tidak ada salahnya, ada yang boleh di terima dan ada yang tidak boleh tapi ianya adalah perkongsian dan boleh di perbetulkan, tidak perlu betindak negatif atas sesuatu perkara kerana setiap ujian yang datang dari tuhan ada jalan penyelesaian... Setiap Perkara yang berlaku dalam dunia ini kita dapat lihat kebaikan dan keburukannya... Terpulang pada Kita sama ada ingin menerimanya ataw menjauhinya.. Setiap perkara yang terjadi pasti ada hikmahnya.. Cuba buang segala pemikiran negatif san suntikkan sifat2 posotif dalam diri kita... walau bagaimanapun kesilapan dan kesalahan kita x dapat elakkan kerana kita bukan lah manusia sempurna, apa yang dapat kita lakukan ialah  amal ma'aruf Nahi Munkar. Mari renungkan bersama dan selamat beramal.

Lain Dari Yang Lain..


Aku nak ceritakan Pengalaman Kerja... Selama Aku kerja merata rata tempat dari lepas spm smpai la sekarang nih.... Aku dpt tawaran kerje sementara dekat FELCRA bukit Pedoman.. 3 bulan je... tapi ape yg aku nk bagitahu ialah... Aku tertarik dengan Kehidupan pekerja di dalam pejabat ni.. mereka saling bantu membantu sesama sendiri dan x pernah pertikaikan kerja masing2 ataw kerja orang lain.... malahan mereka sentiasa ada masa untuk mengajar aku walau pun mere sibuk dgn kerja mereka... ^^, Kerja2 yang dapat di lakukan ade 2 jenis.. satu dalam pejabat dan 1 lagi luar pejabat... dalam pejabat ni kerja yang aku terima seperti failkan dokumen, key in data dlm database, kira gaji pekerja, dan aku juga menggunakan pengetahuan yg ada dalambidang komputer, membaiki komputer yg rosak, al maklumlah mereka ini kebanyakan dlm golongan veteran, kurang mahir dlm it tapi mmg expert dalam pengurusan... kerja di luar pejabat pula ialah perladangan.. ada 2 ladang yang perlu di pantau dan di lawati, ladang getah dan ladang kelapa sawit.. Besar ladang tu x perlu tahu la.. masuk ladang awal keluar ladang tengah hari... kadang2 naik frontier (4 wheel drive) dan kadang2 naik motor je.... dan last sekali yang paling menarik dan sebelum ni x pernah lihat di syarikat lain ialah.... solat asar ber jemaah di dalam bilik mesyuarat setiap hari.. berdoa bersama - sama dan ada bacaan  hadis  sesudah solat dan doa. banyak input2 penting yang di sampaikan serta terbuka hati dan terima banyak pengetahuan, bukan sahaja pengetahuan tentang kerja di dunia malahan input2 berkenaan akhirat juga ada. tidak mustahil lah pejabat ini mmg tenang walau pun banyak kerja setiap hari... ^^

Monday, March 14, 2011

Setelah Sekian Lama....

Assalamualikum Pada semua......

Waahhh dah terlalu lama aku x update blog nih..... rindu rasenye kat blog ni ahakkzz... ermm mcm mane nak mulakan yee...mule kn je laa mcm mane pun kn... ehehe~
Ok pertama sekali aku nak ucapkan Syukur Alhamdulillah dan terima Kasih Kepada semua Yang Sentiasa Beri Sokongan dan semangat padaku ini...  Akhirnya Aku Telah Berjaya Menamatkan Pelajaran Aku Di Universiti Teknologi mara Kuala Terengganu Dalam Jurusan Diploma Pengurusan Pejabat & Teknologi... Aku ni x pandai mane pun.. tapi atas dorongan dari keluarga dan semua kawan2... berkat usaha dan doa.. alhamdulillah aku berjaya juga.. tamat pada November 2010.. X lama Kemudian Aku dapat Tawaran Sambung Belajar Ke peringkat Ijazah dalam Jurusan Sistem Pejabat  (OS) di UiTM Bandaraya Melaka.. Aku Agak Gembira Melihat Tawaran Tu.. Tapi Atas Sebab2 tertentu Aku x dapat Menyambung Pelajaranku, bkn 1 sebab tapi banyak sebab laa.... sebabnye... ade laa.. biarlah rahsiee... ehehe~  x berapa lama lepas tu ramai kawan2 yg smbung belajar... aku rase sedih gak x dpt nk smbung belajar... seronok belaja nih dapat jumpe kawan2.. enjoy2.. ahaha~

Aku ddk rumah tanam anggur ngan strawbery je.. lade la gak anta resume... last2 aku dapat gi kursus ngan kawan aku kat pejabat felcra.. selama 3 bulan.. bermula 1/2/2011 ~ 30/4/2011. 3 bulan je.. dpt la elaun sikit. daripada ddk rumah x buat ape.. kan kan kan.. ehehe~ By The Way.... Aku Amat Merindui Kawan2 UiTMku... ^^

Sunday, November 21, 2010

Reason..

Allow all... dah lame saye x update blog ni sebab (reason) :
1. Terlupa
2. Malas
3. Busy
4. Lazy (rujuk pada no. 2 :p)
5. Alpa bermain game online
6. Habiskan masa tanpa blog...
7. Jalan2 cari makan...

hehehehehe.... jgn marah naa....... sebenarnya ade 1 fenomena dah berlaku..... giler online game.... game ni dah 3 tahun... dulu dah main kejap pastu berenti sbb nak tumpu pada pelajaran.. skran dah abes belajar... ade plak kawan ajak main balik.. tgk sekali main... game dah update n banyak event membuatkan game tu bertambah menarik.... nak tahu ape game tuh... bagiku game itu amat menarik.. bagi korunk... x tahu laa... rambut sama warna tetapi citarasa berbeza.... XD..... name game tuh........ RYL (Rissk Your Life) TORMENT.. ianya private server.. x perlu nak top up..... game online derr... ni ade sedikit gambar.. character kesayangan ku dlm game ini...


Class  :  Archer
Name  :  SkyArrow

Tuesday, August 10, 2010

History & Meaning word "PARADIGMA"

Perkataan anjakan paradigma dipopularkan oleh Thomas Kuhn dalam tahun 1963 (The Structure of Scientific Revolution – www. Taketheleap.com). Mengikut Kuhn, kemajuan saintifik bukanlah satu proses evolusi, tapi satu siri selingan damai yang disentak oleh revolusi intelektual yang menggegarkan. Dalam revolusi ini berlaku satu penggantian dalam tassawur atau konsep 'world view'. Diskusi ini tidak akan menggunakan definisi ini secara rigid, cuma meminjam maksud 'peralihan' atau anjakan yang tidak semestinya menggegarkan seperti penggunaan-nya secara meluas sekarang ini bagi menandakan satu pergerakan yang dicetuskan daripada satu keadaan dan idea.
Definisi di sini lebih merujuk kepada paradigma sebagai model, pola atau cara kita melihat dan menilai satu realiti atau keadaan - satu set peraturan atau kerangka yang kita pegang. Apabila berlaku
perubahan dalam paradigma, maka ini disebut sebagai satu anjakan paradigma. Dalam banyak aspek, kehidupan manusia telah banyak berubah. Perubahan ini telah di pacu oleh pelbagai faktor seperti teknologi maklumat danjuga kemajuan di bidang sains yang lainnya. Perubahan- perubahan ini akan mencetuskan perubahan- perubahan lain seperti cara kita berkerja dan seterusnya menuntut penilaian kepada aspek- aspek kerja yang lain dan yang berkaitan. Pemikiran kita juga harus berubah bagi membolehkan kita terus berfungsi seiring dengan tuntutan- tuntutan baru ini.
Di peringkat organisasi contohnya telah timbul keperluan organisasi menjadi sebuah organisasi pembelajaran serta dianggotai oleh individu berpengetahuan. Individu dalam organisasi perlu mengubah paradigma lama mengenai peranan mereka dalam konteks peranan baru ini yang memerlukan pembudayaan pengetahuan. Pemesatan dan perubahan di bidang atau peringkat lain yang sekaligus mempengaruhi organisasi dan individu seperti K-ekonomi, kerajaan elektronik, perdagangan elektronik dan sebagainya akan menuntut penilaian semula kepada bentuk dan cara kita berfikir, berkhidmat dan mendapat perkhidmatan.
Perubahan-perubahan lain dalam falsafah organisasi seperti keutamaan kepada pelanggan, kualiti, akauntabiliti, budaya kerja baru dan lain-lain memerlukan individu menyemak kembali cara dan struktur pemikiran yang membolehkan pemindahan dan penyesuaian dibuat segera.
Anjakan paradigma dalam konteks semua ini bermakna mengubah kerangka pemikiran kepada realiti-realiti yang dibawa oleh perubahan-perubahan ini serta bertindak mengikut tuntutan-tuntutan paradigma baru. Lebih elok lagi kalau individu dapat, melalui teknik-teknik tertentu seperti 'scenario building', 'extrapolation', analisis tren dan sebagainya mengunjur perubahan yang akan datang agar persediaan awal dapat dibuat.
Penutup
Individu dan kelompok individu yang mewujudkan entiti sosial dalam organisasi adalah aset terpenting dalam membentuk, mencorak, membudaya, mengurus, menentukan haluan dan juga kegagalan atau kejayaan sesebuah organisasi. Dalam memainkan dan menghidupkan peranan dan tanggungjawabnya, seorang individu perlu tahu tempatnya dalam sistem terdekatnya dan juga interaksi sistem itu dengan sistem-sistem lain serta meningkatkan keupayaannya ke arah pencapaian sinergi positif dalam organisasi. Pembinaan kemahiran baru dan budaya baru perlu dijelmakan dalam diri melalui kesedaran tentang perubahan di sekeliling yang menuntut kepada anjakan dalam cara kita berfikir dan bertindak.
Petikan daripada 'Qalam INTURA : Penerbitan INTAN Wilayah Utara', April 2003