Tuesday, April 26, 2011

Zaman Dahulu Dan Zaman Sekarang....

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua rakan2 dan pembaca blog yang setia.. cewaahh.. haha~
Bende Ni dah lama sebenarnya aku nak tulis.. tapi  masa x mengizinkan...
hari ni terdetik hati nak tulis walaupun sekarang ni aku berada dalam pejabat.. ^^ x pe ambil mase sikit untuk kebaikan kita bersama.... hari ni aku nak berkongsi akal pemikiranku dan mungkin anda semua juga pernah terfikir.... Kita lihat pada zaman ini segala apa yang kita inginkan mudah di perolehi berbanding zaman dahulu.... zama dahulu blanje sekolah 50sen sekarang  5 ringgit, zaman dulu nak pergi sekolah @ pergi kerja terpaksa jalan kaki @ naik basikal @ Kenderaan Awam, Tapi zaman sekarang mak ayah hantar @ kenderaan sendiri ( mak ayah belikan @ mudah diperolehi ), Kita dapat Lihat Perbezaan Yang amat Ketara zaman dahulu dengan zaman sekarang... Kesusahan, Penderitaan mengajar erti kehidupan, Dari susah Hingga menjadi senang.. itu semua pengalaman dan bila menghadapi kesukaran atau kemiskinan.. orang zaman dahulu dapat menghadapi dan mengatasinya kerana mereka mempunyai pengalaman merasai keperitan hidup sebelum berjaya tapi orang zaman sekarang yang mula hidup dengan kemewahan dan kesenangan apabila mereka menghadapi kesukaran mereka x dapat atasinya dan itu yang sampai sanggup bunuh diri kerana tak sanggup menghadapi keperitan hidup.
Betapa susahnya mencari rezeki dahulu 
 Betapa Sukarnya mereka( atok, nenek, ayah, ibu) Mencari rezki untuk menyara hidup mereka dan anak2 mereka hingga mereka berjaya, mereka x ingin anak mereka melalui keperitan hidup di zaman dahulu tapi ada terjadi.... anak2 mereka manja hinggakan sanggup menderhaka kepada mereka, Pantang susah sikit... mula memberontak mula cari jalan mudah seperti mencuri, merompak, da sebagainya, si anak langsung tidak menghargai dan memikirkan betapa peritnya kehidupan ibu bapa demi memberikan yang terbaik untuk anak2 mereka.. Apa
yang si anak tahu hanya meminta wang dari ibu bapa, bila x dapat mula memberontak, dan cakap yang bukan2 pada ibu bapa mereka.. Si Anak telah hanyut dengan keseronokan dunia yang semakin maju dan serba canggih, segalanya boleh di dapati dengan mudah, Si Anak Hanya Memikirkan Tentang dirinya sendiri tanpa menghiraukan perasaan ibu bapa mereka,, Bila dapat duit dari ibu bapa, di habiskan untuk kepuasan diri sendiri, segala nasihat dari ibu bapa tidak di endahkan, ANAK DERHAKA namanya... Ayah aku pernah berkata pada aku.... Seorang "IBU" mampu menjaga 10 orang "ANAK" akan tetapi 10 orang "ANAK" belum tentu dapat menjaga seorang ibu.. fikirkanlah.....

Thursday, April 7, 2011

Muahasabah Diri dan Lakukan Perubahan

Assalamualaikum w.b.t
Sekian lama x update blog baru tergerak hati nak update blog hari ni...

Setelah Puas Berfikir nak buat apa pada blog ni.... Hari ini dah dapat keputusan...

Sebelum ni blog ni hanya tertulis tentang pengalaman, apa yang di lakuakn, cerita2 ttg diri aku dan kawan2, dan ayat pulak tunggang langgang, Bukan semua orang suka baca tentang diari kehidupan seseorang, lain orang lain persepsi, orang tua2 ckp rambut sama hitam tapi hati lain2....

Insyaallah lepas ni Marilah Kita Muhasabah diri bersama- sama, memikirkan mana yang terbaik dan mana yang buruk... Berkongsi pendapat tidak ada salahnya, ada yang boleh di terima dan ada yang tidak boleh tapi ianya adalah perkongsian dan boleh di perbetulkan, tidak perlu betindak negatif atas sesuatu perkara kerana setiap ujian yang datang dari tuhan ada jalan penyelesaian... Setiap Perkara yang berlaku dalam dunia ini kita dapat lihat kebaikan dan keburukannya... Terpulang pada Kita sama ada ingin menerimanya ataw menjauhinya.. Setiap perkara yang terjadi pasti ada hikmahnya.. Cuba buang segala pemikiran negatif san suntikkan sifat2 posotif dalam diri kita... walau bagaimanapun kesilapan dan kesalahan kita x dapat elakkan kerana kita bukan lah manusia sempurna, apa yang dapat kita lakukan ialah  amal ma'aruf Nahi Munkar. Mari renungkan bersama dan selamat beramal.

Lain Dari Yang Lain..


Aku nak ceritakan Pengalaman Kerja... Selama Aku kerja merata rata tempat dari lepas spm smpai la sekarang nih.... Aku dpt tawaran kerje sementara dekat FELCRA bukit Pedoman.. 3 bulan je... tapi ape yg aku nk bagitahu ialah... Aku tertarik dengan Kehidupan pekerja di dalam pejabat ni.. mereka saling bantu membantu sesama sendiri dan x pernah pertikaikan kerja masing2 ataw kerja orang lain.... malahan mereka sentiasa ada masa untuk mengajar aku walau pun mere sibuk dgn kerja mereka... ^^, Kerja2 yang dapat di lakukan ade 2 jenis.. satu dalam pejabat dan 1 lagi luar pejabat... dalam pejabat ni kerja yang aku terima seperti failkan dokumen, key in data dlm database, kira gaji pekerja, dan aku juga menggunakan pengetahuan yg ada dalambidang komputer, membaiki komputer yg rosak, al maklumlah mereka ini kebanyakan dlm golongan veteran, kurang mahir dlm it tapi mmg expert dalam pengurusan... kerja di luar pejabat pula ialah perladangan.. ada 2 ladang yang perlu di pantau dan di lawati, ladang getah dan ladang kelapa sawit.. Besar ladang tu x perlu tahu la.. masuk ladang awal keluar ladang tengah hari... kadang2 naik frontier (4 wheel drive) dan kadang2 naik motor je.... dan last sekali yang paling menarik dan sebelum ni x pernah lihat di syarikat lain ialah.... solat asar ber jemaah di dalam bilik mesyuarat setiap hari.. berdoa bersama - sama dan ada bacaan  hadis  sesudah solat dan doa. banyak input2 penting yang di sampaikan serta terbuka hati dan terima banyak pengetahuan, bukan sahaja pengetahuan tentang kerja di dunia malahan input2 berkenaan akhirat juga ada. tidak mustahil lah pejabat ini mmg tenang walau pun banyak kerja setiap hari... ^^