Friday, April 24, 2009


Banyak memory yang aku x ingt so, aku akn citer ape yg termaktub dlm igtan aku je ok.. aku ngan adik aku no 2 Izuddin beza umur hanya setahun....Ibu dan Ayahku adalah orang yang tegas tapi penyayang. hidup keluarga ku dahulunya susah..ibu aku hanya bkerja sbgai pmbantu am rendah manakala aku x pasti ayah aku keje ape dulu....x ksah la yg penting mereka membanting tulang mencari rezki yang halal....aku tinggal di kampung so aku adalah budak kampung yang hidup dengan suasana kampung, aku bermain bermacam-macam permainan kampung seperti gasing, guli, konda-kondi, congkak, layang2, wau, masuk hutan, mandi sungai, dan mcm2 lagi permainan kampung. Purata di dalam kampung aku hampir semua sepupu aku sbb kampung yang aku diami sekarang ini di asaskan oleh moyang aku dahulu...kampung aku terletak hanya 2km dari bandar mersing. Ok.. tanpa membuang mase pada tanggal 31 may 1993 ibuku melahirkan cahaya mata yang ketiga, iaitu adik perempuanku dan di beri nama Musliha. Waktu itu umur aku baru je 4 thn.. Bila umurku mencecah 6 tahun aku telah di hantar ke sekolah Tabika, bermula la episod aku menjadi pelajar tabika, aku memang degil waktu tu, nenek aku yang selalu menghantar dan menjemput aku, aku amat berterima kasih atas jasa baik nenek aku, sayang nenek!! Aku keras hati dan aku ni jenis x suke bgaul ngan org ramai, malu, takut dan culture shock... tapi tabika ok la laa sbb x ramai org sgt... pas tu umur aku 7 tahun, waktu tu pada tahun 1996. Aku masuk darjah 1... tapi sebelum tu aku nak bagitaw waktu aku darjah 1, tanggal 21 ogos 1996 mak aku telah melahirkan cahaya mata yang ke 4. adik perempuan aku dan di beri nama Mas Aziera... erm..... nampak nye aku x cukup mase.. ada banyak kisah menarik waktu aku di alam persekolahan... sampai di sini je dpt aku wat coretan.. aku akan sambung lagi bile aku ada masa lapang.... harap bersabar....

Bersambung...

Wednesday, April 15, 2009
















Tanggal 10 Januari 1989 bersamaan dengan 2 JamadilAkhir 1409 pada hari selasa tepat pada jam 1.15 tgh hari aku dilahirkan. Bapaku menyambut dengan laungan Azan di telinga kananku...Ibu ku tersenyum girang kerana telah melahirkan cahaya mata yang pertama. Mohamad Islaqhuddin Bin Mahayuddin nama di beri. Aku di lahirkan di Hospital Daerah Mersing.
Kediaman Keluargaku di Kampung Air Merah, Mersing, aku berasal dari keluarga yang susah tetapi bahagia. Ibu bapaku bekerja untuk menyara aku dan keluarga. Nenek aku lah yang sentiasa menjagaku sewaktu ibu bapaku pergi memerah keringat mencari rezeki. Genap setahun umur ku ibu bapaku membuat kenduri kesyukuran dan sambut ulang tahun hari lahir ku secara kecil kecilan dengan menjemput saudara mara dan jiran tetangga. Tidak lama kemudian, tanggal 23 Febuari 1990 bersamaan dengan 27 Rejab 1410 pada hari Jumaat ibuku telah melahirkan cahaya mata yang kedua, Mohamad Izuddin bin Mahayuddin di beri nama, itulah adik lelaki ku yang pertama. Aku berasa amat gembira sekali kerana aku mempunyai seorang adik dan tempat aku bermain dan bergurau senda.

Bersambung...........

Wednesday, April 1, 2009

"Salam Pembukaan"

White'sPrada

Assalamualaikum kepada semua yang sudi melawat ke blog aku, pertama sekali aku ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang support aku dan banyak membantu aku..
Aku buat blog ni sebab nak berkongsi cerita dengan semua orang dan meluahkan perasaan yang terpendam dan serba salah untuk di lepaskan sama seperti semua oranng.. Siapa Kita?? Kita hanya manusia biasa yang mempunyai hati dan perasaan x kira lah siapa dia, tuhan maha adil dan semua manusia tuhan telah kurniakan hati dan perasaan, Manusia sendiri lah yang akan menjaga dan mencorakkan hidupnya berpandukan hati dan perasaan serta membina keimanan dalam diri... Ingatlah..manusia x pernah terlepas dari membuat kesilapan.. kesabaran adalah penting dalam hidup ini, elakkan perasaan hasad dengki, iri hati serta amarah di mana semuanya membawa kepada kemudaratan serta permusuhan. buanglah yang keruh dan ambil yang jernih.. Hidup harus di teruskan.....lakukan lah anjakan "Paradigma" ke arah kebaikan dlm Hidup!!!