Sunday, November 21, 2010

Reason..

Allow all... dah lame saye x update blog ni sebab (reason) :
1. Terlupa
2. Malas
3. Busy
4. Lazy (rujuk pada no. 2 :p)
5. Alpa bermain game online
6. Habiskan masa tanpa blog...
7. Jalan2 cari makan...

hehehehehe.... jgn marah naa....... sebenarnya ade 1 fenomena dah berlaku..... giler online game.... game ni dah 3 tahun... dulu dah main kejap pastu berenti sbb nak tumpu pada pelajaran.. skran dah abes belajar... ade plak kawan ajak main balik.. tgk sekali main... game dah update n banyak event membuatkan game tu bertambah menarik.... nak tahu ape game tuh... bagiku game itu amat menarik.. bagi korunk... x tahu laa... rambut sama warna tetapi citarasa berbeza.... XD..... name game tuh........ RYL (Rissk Your Life) TORMENT.. ianya private server.. x perlu nak top up..... game online derr... ni ade sedikit gambar.. character kesayangan ku dlm game ini...


Class  :  Archer
Name  :  SkyArrow

Tuesday, August 10, 2010

History & Meaning word "PARADIGMA"

Perkataan anjakan paradigma dipopularkan oleh Thomas Kuhn dalam tahun 1963 (The Structure of Scientific Revolution – www. Taketheleap.com). Mengikut Kuhn, kemajuan saintifik bukanlah satu proses evolusi, tapi satu siri selingan damai yang disentak oleh revolusi intelektual yang menggegarkan. Dalam revolusi ini berlaku satu penggantian dalam tassawur atau konsep 'world view'. Diskusi ini tidak akan menggunakan definisi ini secara rigid, cuma meminjam maksud 'peralihan' atau anjakan yang tidak semestinya menggegarkan seperti penggunaan-nya secara meluas sekarang ini bagi menandakan satu pergerakan yang dicetuskan daripada satu keadaan dan idea.
Definisi di sini lebih merujuk kepada paradigma sebagai model, pola atau cara kita melihat dan menilai satu realiti atau keadaan - satu set peraturan atau kerangka yang kita pegang. Apabila berlaku
perubahan dalam paradigma, maka ini disebut sebagai satu anjakan paradigma. Dalam banyak aspek, kehidupan manusia telah banyak berubah. Perubahan ini telah di pacu oleh pelbagai faktor seperti teknologi maklumat danjuga kemajuan di bidang sains yang lainnya. Perubahan- perubahan ini akan mencetuskan perubahan- perubahan lain seperti cara kita berkerja dan seterusnya menuntut penilaian kepada aspek- aspek kerja yang lain dan yang berkaitan. Pemikiran kita juga harus berubah bagi membolehkan kita terus berfungsi seiring dengan tuntutan- tuntutan baru ini.
Di peringkat organisasi contohnya telah timbul keperluan organisasi menjadi sebuah organisasi pembelajaran serta dianggotai oleh individu berpengetahuan. Individu dalam organisasi perlu mengubah paradigma lama mengenai peranan mereka dalam konteks peranan baru ini yang memerlukan pembudayaan pengetahuan. Pemesatan dan perubahan di bidang atau peringkat lain yang sekaligus mempengaruhi organisasi dan individu seperti K-ekonomi, kerajaan elektronik, perdagangan elektronik dan sebagainya akan menuntut penilaian semula kepada bentuk dan cara kita berfikir, berkhidmat dan mendapat perkhidmatan.
Perubahan-perubahan lain dalam falsafah organisasi seperti keutamaan kepada pelanggan, kualiti, akauntabiliti, budaya kerja baru dan lain-lain memerlukan individu menyemak kembali cara dan struktur pemikiran yang membolehkan pemindahan dan penyesuaian dibuat segera.
Anjakan paradigma dalam konteks semua ini bermakna mengubah kerangka pemikiran kepada realiti-realiti yang dibawa oleh perubahan-perubahan ini serta bertindak mengikut tuntutan-tuntutan paradigma baru. Lebih elok lagi kalau individu dapat, melalui teknik-teknik tertentu seperti 'scenario building', 'extrapolation', analisis tren dan sebagainya mengunjur perubahan yang akan datang agar persediaan awal dapat dibuat.
Penutup
Individu dan kelompok individu yang mewujudkan entiti sosial dalam organisasi adalah aset terpenting dalam membentuk, mencorak, membudaya, mengurus, menentukan haluan dan juga kegagalan atau kejayaan sesebuah organisasi. Dalam memainkan dan menghidupkan peranan dan tanggungjawabnya, seorang individu perlu tahu tempatnya dalam sistem terdekatnya dan juga interaksi sistem itu dengan sistem-sistem lain serta meningkatkan keupayaannya ke arah pencapaian sinergi positif dalam organisasi. Pembinaan kemahiran baru dan budaya baru perlu dijelmakan dalam diri melalui kesedaran tentang perubahan di sekeliling yang menuntut kepada anjakan dalam cara kita berfikir dan bertindak.
Petikan daripada 'Qalam INTURA : Penerbitan INTAN Wilayah Utara', April 2003

Sunday, August 8, 2010

ANJAKAN PARADIGMA

apa itu anjakan paradigma?
itu yang aku cuba lakukan selama ini.. anjakan paradigma
berubah secara mendadak...
bagaimana??
tepuk dada tanya iman
jati diri kena kuat..
iman kena kukuh
untuk menjedi baik dan terbaik
untuk allah, untuk diri sendiri, untuk keluarga, untuk semua..
jadi terbaik dan paling baik....
tapi bukan baik yang mempunyai negatif.. tetapi segala positif,
x de niat untuk menunjuk, berlawan atau membangga diri
tapi ianya adalah untuk persiapan mengahadapi hari akhirat..
renung2 kan lah dan selamat beramal..

Wednesday, July 21, 2010

DUNIA PRAKTIKAL

Assalamualaikum salam sejahtera.....
fuhh dah lama aku x update blog ni....
sekarang ni aku ade kat office..hehe
office maNe?? haha meh aku nak citer...

Tanggal 11 Julai 2010 aku memulakan dunia praktikal ku
di UiTM kampus Kuala Terengganu..
aku di masukkan di bahagian pentadbiran....
fuhh.. memang seronok laa..
sempoi 1 semua pekerja kat situ
aku selesa dengan keadaan di situ.....
kerja ttp kerja.....
mcm2 perkara baru aku pelajari.....
korang penah guna typewritter?
mmg seronok guna bendealah tu walaupun leceh tapi seronok...

ni lah gambo bendealah tu..(lebih kurang la....)
tapi kene hati2 sebab kalau salah taip x leh padam...
kenapakai liquid x pun buat baru la...
:p

Saturday, July 17, 2010

Salam & Pagi Yang Indah...

Assalamualaikum.....
di pagi yang indah ni..aku nak berkongsi cerita duka......
baru2 ni bln 5 2010 aku di tahan di hospital..
tanggal 15hb may, ada kenduri di rumah aku..
tapi aku duduk dalam bilik sebab kesihatan x mengizinkan untuk keluar..
aku rasa macam demam.. di ikutu dengan sesak nafas... aku x tahan..
aku minta sepupu aku hantar ku ke hospital...
aku di tahan di wad isolation..
di mana tempat pesakit H1N1,
test di lakukan....
3 hari kemudian aku di sahkan terkena h1n1 positif...
mase tu aku rase macam aku dah nak mati....
tapi alhamdulillah tidak... tuhan masih beri peluang untuk aku teruskan hidup....
aku duduk dalam wad selama seminggu...

Pada Awal bulan 7 2010
tanggal 3hb julai 2010 sepatutnya aku sudah berangkat ke kuala terengganu...
tapi di sebabkan kaki aku x boleh bergerak langsung....aku di hantar ke hospital..
aku kekurangan garam kalium dalam badan aku serta ada satu penyakit baru....
penyakit yang kronik.... tapi alhamdulillah masih boleh di kawal...
tuhan beri peluang yang ketiga untuk aku tebus segala kesalahan lalu ku....
aku di tahan selama 3 hari dan mendapat cuti selama seminggu sebelum berangkat ke terengganu....

sekian..

Thursday, July 8, 2010

Malam Yang dingin..... part 2

Salam...
Maaf sebab lewat atas sebab2 yang x dapat di elakkan.....
okayh...aku nak sambung citer nih.......
sesampai je kat umah sepupu faizul....
lepak2..makan2..solat n rehat.....
petang cket... pegi jalan2...pegi pusing2 lau celah2 kampung smpai tmbus pekan n bandar....
niat hati nk pergi yongpeng jumpe kawan tapi dia x ada.....
kitaorang terus pergi ke bandar batu pahat.. lepak kat satu taman...
kat taman tu ade tugu besar gile... tugu batu dan pahat...
memang cantik tempat tu... lepak2.. tengok orang main skate board... basikal.. & mcm2 la...
tangan ngan badan aku sakit mase tu tapi aku tahan....
tengok keindahan tuhan.. x fikir pasal sakit.. jadi x terasa sangat........
lepas lepak2 mkn minum, kitaorang pun balik semula pi umah sepupu faizul.....
seperti biasa.. mkn n solat.. tumpang tidur sekali..
keesokkan pagi kitaorang bangun siap2....
nk check out la kirakan..haha
berangkat pergi bandar batu pahat.. arah tuju ialah politek mara.. x silap aku laa....
penuh gile orang...faizul ngan faiz yang nak masuk.. tapi di sebabkan bidang yang faizul nak tu dah penuh..so x jadi la nak masuk.....
kitaorang pun berangkat pulang.... balik pi kluang....kat kluang plak singgah umah sepupu faiz...
aku lupa nama tempat tu.. felda...jln antara kluang ke kota tinggi...
hari dah petang..
sepupu faiz ajak bermalam kat umah dia..
so kitaorng pun bermalam la di situ....
keesokkan paginya... kami bertolak pulang ke mersing....
dalam perjalanan pulang tu...
hampir sampai simpang ke nitar.. tapi masih hutan lagi..
tayar plak bocor....
hahaha....
bertolak motor...dah la kiri kanan hutan.. motor hidup tapi jalan perlahan lahan laa..
smpai simpang 3 dari kluang ke kota tinggi, simpang ke mersing..
kat situ ade kedai makan ngan bus stop..
buntu akal... dah la jauh lagi.. x de kedai motor..
saat akhir bapak faiz datang ngan pajero forest.. bawak peralatan serta tiub motor..
hahaape lagi.. jadi mekanik la jap...
susah gile sbb pakai sport rim...
waktu nak masukkan tayar bhagian terakhir oleh faiz...
pssssstttttttt... bunyi pancit kedengaran
kitaorang buat2 x tahu je laa..
pam2 x naik...
sah bocor kene besi nak masukkan tayar..
ketawa sesama sendiri waktu tu..
hahahahahaha...
kesudahannya bapak faiz bawak tayar tu pegi kedai motor kat nitar 2...
selesai...
bapak faiz datang balik n then kitaorang tinggal pasangkan kat motor je la...
dah petang gile waktu ni...
dah siap2... terus jalan...
senja baru sampai rumah..

banyak lagi la pengalaman2
kenangan pahit manis....
tapi tu laa ingat2 lupa..
bila berkumpul borak2 ni abes semua keluar...
huhuhu
sekian....

Thursday, July 1, 2010

Malam Yang dingin..... part 1

Tepat Jam 9.40 p.m, aku bersama 2 sahabat aku aitu faiz dan oiu lepak kat warung depan umah aku.... x cukup korum sbb sorang lagi x datang atas alasan yang x munasabah.. ade ke patot alasannye terlupa sbb ralat main..main ape x taw la...hahaha........
ermm.. keadaan sunyi sepi....angin sepoi2 bahasa.. dingin mula terasa... faiz mulakan cerita..... agak menarik.... Rancang ingin masuk IKM....Institusi Kemahiran Mara.... Pelbagai rancangan di buat.. tapi itu semua hanya rancangan.... semasa berbual... ada topik yg menyentuh jiwa.... bercerita tentang kenangan selepas spm... aku, oiu, faiz dan faizul.. konvoi menaiki motosikal dari mersing ke batu pahat.....pengalaman yang x boleh di lupakan.... mula perjalan seawal 7 pagi.... dlm perjalanan aku dgn oiu kemalangan di selekoh berhampiran dengan kem plkn kluang.. perghhh aku igt lg 7 kali pndang langit 7 kali pandang bumi..... kemalangan terjadi di sebabkan tayar tergelincir di selekoh maut.. ape lagi motor terbabas nak langgar tiang elektrik.. aku dgn pantas jatuhkan motor sblm terlanggar tiang... ni gara2 nak kejar faizul ngan faiz la ni.. kat selekoh gi banting 100km/h.. last2 jatuh.....mase jatuh tgn kana aku rase kebas.. nk bgn x bleh.. oiu ok lg sbb die galas beg n pegang beg aku... so jatuh impak kurang.... haha... dlm masa yg sama ade kerete berhenti.... igkan nak bantu.... tgk aku ngan oiu bgn trus blah.. agak kurang ajar la kn...beberapa minit kemudian faiz n faizul dtg.... (diorang patah balik la sbb dah jauh kedepan)
mase tu teringat pasal motor.. tgk motor bhagian depan dah x serupa motor...lampu masuk kedalam penuh dgn tanah.. mane x nye jatuh sodok tanah... aku tgn dgn mulut aku luka... oiu tgn je luka skit...kami rancang nk patah balik... tp dah jauh.. kami truskan perjalanan... tuhan je taw aku sakit mcm mana.. tgn kebas.. nasib bek x patah...smpai kat bandar kluang... lepak2 minum.. aku urut2 tgn aku.... lepas minum2 nk teruskan perjalanan.... helmet seteng faizul hilang... bodoh betol sape yg curi tu.. helmet murah pon nk curi.....mase ni la lucu.... faizul ngan faiz pegi survey kat motr2 nak curi helmet... dkat stgh jam.. tibe2 faizul ubah fikiran.....x bek mencuri.. akhirnya pegi kdai mtor beli helmet baru...haha.. lpas tu.... apa lagi teruskan perjalanan dari kluang ke batu pahat.....mase ni aku punye tgn mmg sakit gile... aku suh oiu bwk mtor.... hehe lupe nk bgtaw.. kitaorang pegi 2 buah mtor je.... oiu dgn aku.. faiz ngan faizul..... aku bwk mtor..... aku tukar la ngan oiu suh bwk sbb tgn aku sakit..... dah smpai batu pahat..... masa lalu dpan taman universiti motor plak bocor.... tpaksa tunggu tapi jalan sementara faizul pi cari kedai mto.... jmpe gak.. dlm 2kn dari tmpat mtor bocor...... lpas dah baiki mtor tu.. kami truskn perjalanan.... trus smpai ke kampung parit ... ape ntah.. aku pun x hengat tp yg penting.. umah makcik sedare faizul....smpai2 je aku trus baring x bleh bangun.... sapu minyak gamat kat luka2 n tgn aku.. tgn aku krem x leh gerak mase tu... aku panik la gak....smpai dlm pukul 12.30 tgh hari... nk taw lagi.... tunggu... nnti aku citer lagi...letih menaip..hehe.. to be bersambung.. hoho..

Tamat & Mula...

"Tamat" bermaksud aku nak tamatkan cerita perjalan hidup aku... aku taw mesti agak boring bila baca.. betul x? ahaha.. kalau ada terkasar bahasa tersilap bicara.. harap maafkan lah aku..... buang yang keruh dan ambil yang jernih.....

"Mula" bermaksud aku nak mulakan coretan baru di mana ianya x tersusun sebelum ini.... ianya do coret berdasarkan apa yag terlintas di fikiran aku waktu aku menulis atau meng update blog aku....
hehehe... apa2 pun aku ucapkan jutaan terima kasih pada semua kawan2 yang sudi membaca blog aku yg x seberapa ni.... juga setinggi tinggi penghargaan kepada sahabat baik aku Mohamad Faizul Bin Sadri kerana sudi mempromosikn blog aku dlm facebooknya..... skrang beliau sedang sibuk dengan laman web baru beliau iaitu http://www.seraidistrict.com/blog/

ok itu yg aku nk citer kat korang... hehe


Tuesday, June 15, 2010

Pendek kan citer..

Salam guys....
sorry la....sbenarnye nk wat blog ni kene rajin...
tp masalahnye aku ni kurang rajin
hehehehe.......
aku pendekkan citer la kan senang... aku taw korang bosan bace citer panjang2 n ntah pape ni....
ok...

Aku masuk sem 2... kyt berubah menjadi UiTM...kawan aku sorang kene kick... ade ramai tp yg baik ngan aku n satu tempat ngan aku....sem 2 ni banyak kenangan manis.... aku ddk hostel sebilik ngan faizul..
aku igt lg sem 2 mule kne ddk tgkat 5.. E5-9 akibat baik pulih after that aku pindah tingkat 3 E3-3
hahahaha.....

Tarikh Keramat....23 march 2008 secara official nye aku bercinta.. dengan sape.. dengan wanita laaa...x kn laki kot... wakakaka... mase ni la aku baru dapat rasakan indahnya cinta... hak3....

cinta ni la pupuk aku semakin kuat belajar.....pointer pun meningkat.....

masuk sem 3..... budak2 HM pindah dungun.. tmasuk faizul..
sedih gak la... kampus trus x ceria... booring tahap gaban..........
aku ngan kwn2 Om pindah ddk luar.. x ddk hostel...
mule2 riri cari umah kat pelusuk utan.. adeh.... jauh gak...
pastu aku try cari lagi.. dpt ddk kat atas Restoran norazila PJ
same je hargenye RM400 sebulan cuma yang bestnye
air, elektrik x perlu byr sbb ddk kat bilik je..
mcm hotel ade bilik air ngan air-cond siap ade wifi..
fuhh mmg puas hati laaa.... ddk la kami ber 5 kat situ

masuk sem 4 plak......
ade sujek event... ade 3 group
dan aku group pertama....
group aku buat event kat umah anak yatim kat ganu....
aku bahagian transport ngan technician kot.. aku pon lupe...
ade bermacam macam program....
start dari pagi ade senaman ( tp x jadi coz anak2 yatim degil)
pas tu ade ceramah dari puan mimi ngan ustaz
ade hias makanan, merentas desa n mcm2 la...smpai la senja..
mmg best dan alhamdulillah goup kami lulus ngan cemerlang...

sem 5 plak.....
x de pape yg menarik....
cuma pindah umah je la...
dekat kubang ikan chendering
rumah besar , cantik sewa rm250 je
murah kn...... rumah batu la beb....
hahaha....sebelah umah ade set2 akaun... kawan2 aku gak...
mase ni la aku start mls nk belajar, nk ulangkaji..
adeh....
haha..
mase ni gak la puasa n raya.. seronok berbuka puasa ramai2... masak nasi masak air
mkn ramai2....
sem 5 ialah sem last bagi OM sbb sem 6 sume kne pegi praktikal bg yg lulus semua mta pelajaran...
sem ni jugak buat dinner utk kali terakhir.. gile sedih siot....
abes banyak duit x pe... tp bile la dpt jumpe sume kwn2 aku blk :(..
abes je sem ni semua dah bepecah... aku je x
aku msh ade di kampus ats sbb2 tertentu...
bersambung...

Thursday, June 3, 2010

Sekian Lama Menyepi...

Akhirnya Aku Kembali Lagi setelah lama tertangguh........
bukan ape... busy cket..haha ceh alasan padahal asyik lupa... kah2...
stop!...
Ok aku sambung citer lagi nih.......

"SAMBUNG BELAJAR"

Pertama sekali aku mengucapkan syukur Kepada Allah Kerana memberi rezki dan peluang ini kepada aku... Kedua billionan terima kasih kepada ayahanda dan bonda yg tolong carikn tempat belajar dan beri dorongan kepada aku...... restu dari ibu bapa.......aku dapat sambung belajar ke KYT..Kolej Yayasan terengganu....Kolej Pertama Bekerjasama dengan UiTM....
Indah Khabar dari rupa..... mula2 sampai mmg cantik...cume kecik.. x pe saiz x menjadi masalah... aku duduk bilik yg cantik... kira baru rasmi laa.. katil plastik x buka lagi.... minggu orientasi belangsung... x silap aku. aku kumpulan 7 ke 8 gitu ah.... biasa la orientasi ni kn..
x seberapa ganas la mase sek tknik dulu lg kaw2......tp orientasi ni meninggalkan kenangan indah di akhir hari....masa malam kebudayaan.... kumpulan aku wat persembahan paling menarik..
nyanyi tutup lampu..n then gune lampu handset ..hayun tgn.. 1 dewan mcm kelip2.. mmg semangat waja la aku time tu.. haha.....after that...ni yg sedih nk citer...
rupe2nye.. lelaki kene pindah hostel.... ddk kat ypk.. mase dtg tu.. mcm kandang lembu aku tgk.. aku nk balik je rase...tp aku tahan....lawan....ape nk jadi aku dah x hirau.... nak tunjuk gambar x de.... x pe lame2 dah biase ok la.....sem 1 baru... pastu aku dgr ade panggilan kedua ngan walk in.. mase tu la aku tarik kawan baik aku 2 orang.. faiz ngan faizul....ade gak mmber aku klu x aku ddk keras je la....haha.......bla bla bla.......besambung...hehe

Saturday, January 9, 2010

Sambung belajar...

Aku dapat banyak gak surat tawaran.. result blom kuar dah dapat belambak surat tawaran....
tapi semua swasta.....n then ayah aku btungkus lumus cari kolej2 yg baik dlm paper utk aku...
last2 aku dpt gak... kat terengganu.... Rezki..... nk taw kat mana.. tunggu episod yg akn dtg.. wahahaha
aku nk gi betapa lagi ah.. x taw lagi bile la aku nk update aku nye blog..
hahaahaha
chow..

Continue keje

Aku keje ngan pakcik aku plak..
buat umah..
buat anjung je...
seminggu lebih gak la..
keje aku angkat pasir bancuh simen n transfer simen pada tukang plaster
korang taw x.. tukang plaster tu keje senang je gaji ade la dlm rm 50-70 sehari..
aku keje seminggu lbih dpt rm90 je..
sedara mara punya pasal...mak aku ckp sabar , tolong sedare...

moral.. kalau korang nk bekerja jangan bekerja dgn sedara mara coz korang akn di ungkit pkara2 lpas n akn di beri gaji ala kadar..

AfTa SPM daa..

Lepas SPM
aku ddk tanam anggur kat umah...
x leh jadi ni......
aku try cari kerja.....
Pakcik aku dari melaka ade call
ade keje kat melaka.. so aku gi la melaka...
setibanye di sana pakcik aku amik..aku stay kat umah pakcik aku..
keesokannya aku ngan pakcik aku gi ah bandar..kat pejabat metroparking.. sepupu sepapat aku gak yg jaga...
last2 kene tipu... die kata ade keje tapi sbenarnya x ade...
pakcik aku bengang gile mase tu coz kena tipu..
aku ni lagi laaa.. tapi rilek sudah.....
aku stay kat melaka.. musim ujan mase tu....
aku igt lagi aku sambut bezday aku kat melaka.. esoknya
11hb aku balik mersing... ni peristiwa yg x dpt aku lupakan....
aku naik bas dari melaka central smpai kluang bas sangkut coz kluang ke mersing banjir
nk naik bas kluang ke kota inggi pun x leh coz banjir
so ade makcik ni die nk balik mersing... so die ajak aku naik bas JB
gi la JB smpai JB aku ngan makcik ni trus naik bas JB-Kota tinggi.. smpai ulu tiram bas boleh gi patah balik plak... mmg bengang ah sbb bas tu x de lampu..Rosak!!... patah balik n naik bas baru... smpai kat kota tinngi lewat x de bas dah... aku bengang gile...
unggu punye tunggu suami makcik td datang amik.. so aku tumpang ah....gi mkn2 dlu... pastu trus bailk.. rupenye makcik tu ddk kat tenggroh.. jauh lagi siot dari umah aku... aku suh die berenti kat simpang tenggaroh.. ade bustop..
jam menunjukkan tepat kol 12.30 mlm... aku ddk sorang2 ah kat situ.... keliling kelapa sawit.. x pk takut dah time tu... aku tido kat bustop tu...
mak aku rsau.. mak aku call banyak kali..
aku rancang nk tido situ n naik bas waktu pagi...
mak n ayah aku risau so diaorang dtg amik aku.. kol 4.30 pagi smpai amik aku....
so aku pon balik ah.....smpai umah trus tdo.

second aku kerja kat bengkel besi... penat gile..
tapi aku x kesah....aku keje kejap je coz tokey cina...
kuat mengarah n mcm pandang remeh kat melayu.. tu aku bengang n blah gtu je...

Setelah Sekian lama menyepi....

Salam semua...
stelah sekian lama aku menghilang kini aku kembali lagi...
sudah selesai petapaan aku..haha
aku nk citer ni...
form4 form 5 aku masuk sekolah teknik...
nk masuk MRSM x lepas sbb aku bkn pandai sgt.....
so dpt la tawaran ke sekolah teknik
sekolah teknik kota tinggi....
dapat kelas Pengajian Kejuruteraan Awam....
first time aku ddk ostel n orientasi paling teruk pnah aku lalui smpai aku x leh tido 5 hari... (tdo2 ayam).. gle letih sial.. die bagi waktu tdo dari kol 2 - 3 pagi je.... mane smpat....
mmg menguji mental dan fizikal..
ade yg x tahan trus pindah sekolah.. Alhamdulillah la aku berjaya mengharunginye.....
Aku pemalas sbnarnye..aku tanye senior kadet & kelab ape plg x aktif... mase tu yg x aktif PBSM ngan kelab rekacipta..so aku pon join laaa... tp rupenye batch time batch aku PBSM ni paling aktif... adehhh geleng kepala aku.. so terpaksa laa ikut.. dari x suka lama2 jadi happy plak kn.. smpai aku ade join international punye event....mmg best... hahaha
kawad kaki n mcm2 acara aku join...
hidup aku mmg teratur mase ddk sekolah tu...
org ckp hidup Gaya sehat.. lbih kurang ah.......
pastu aku grade..SPM daaaa....
result.. entah leee....
ekeke