Tuesday, April 26, 2011

Zaman Dahulu Dan Zaman Sekarang....

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua rakan2 dan pembaca blog yang setia.. cewaahh.. haha~
Bende Ni dah lama sebenarnya aku nak tulis.. tapi  masa x mengizinkan...
hari ni terdetik hati nak tulis walaupun sekarang ni aku berada dalam pejabat.. ^^ x pe ambil mase sikit untuk kebaikan kita bersama.... hari ni aku nak berkongsi akal pemikiranku dan mungkin anda semua juga pernah terfikir.... Kita lihat pada zaman ini segala apa yang kita inginkan mudah di perolehi berbanding zaman dahulu.... zama dahulu blanje sekolah 50sen sekarang  5 ringgit, zaman dulu nak pergi sekolah @ pergi kerja terpaksa jalan kaki @ naik basikal @ Kenderaan Awam, Tapi zaman sekarang mak ayah hantar @ kenderaan sendiri ( mak ayah belikan @ mudah diperolehi ), Kita dapat Lihat Perbezaan Yang amat Ketara zaman dahulu dengan zaman sekarang... Kesusahan, Penderitaan mengajar erti kehidupan, Dari susah Hingga menjadi senang.. itu semua pengalaman dan bila menghadapi kesukaran atau kemiskinan.. orang zaman dahulu dapat menghadapi dan mengatasinya kerana mereka mempunyai pengalaman merasai keperitan hidup sebelum berjaya tapi orang zaman sekarang yang mula hidup dengan kemewahan dan kesenangan apabila mereka menghadapi kesukaran mereka x dapat atasinya dan itu yang sampai sanggup bunuh diri kerana tak sanggup menghadapi keperitan hidup.
Betapa susahnya mencari rezeki dahulu 
 Betapa Sukarnya mereka( atok, nenek, ayah, ibu) Mencari rezki untuk menyara hidup mereka dan anak2 mereka hingga mereka berjaya, mereka x ingin anak mereka melalui keperitan hidup di zaman dahulu tapi ada terjadi.... anak2 mereka manja hinggakan sanggup menderhaka kepada mereka, Pantang susah sikit... mula memberontak mula cari jalan mudah seperti mencuri, merompak, da sebagainya, si anak langsung tidak menghargai dan memikirkan betapa peritnya kehidupan ibu bapa demi memberikan yang terbaik untuk anak2 mereka.. Apa
yang si anak tahu hanya meminta wang dari ibu bapa, bila x dapat mula memberontak, dan cakap yang bukan2 pada ibu bapa mereka.. Si Anak telah hanyut dengan keseronokan dunia yang semakin maju dan serba canggih, segalanya boleh di dapati dengan mudah, Si Anak Hanya Memikirkan Tentang dirinya sendiri tanpa menghiraukan perasaan ibu bapa mereka,, Bila dapat duit dari ibu bapa, di habiskan untuk kepuasan diri sendiri, segala nasihat dari ibu bapa tidak di endahkan, ANAK DERHAKA namanya... Ayah aku pernah berkata pada aku.... Seorang "IBU" mampu menjaga 10 orang "ANAK" akan tetapi 10 orang "ANAK" belum tentu dapat menjaga seorang ibu.. fikirkanlah.....

No comments:

Post a Comment