Wednesday, April 15, 2009
















Tanggal 10 Januari 1989 bersamaan dengan 2 JamadilAkhir 1409 pada hari selasa tepat pada jam 1.15 tgh hari aku dilahirkan. Bapaku menyambut dengan laungan Azan di telinga kananku...Ibu ku tersenyum girang kerana telah melahirkan cahaya mata yang pertama. Mohamad Islaqhuddin Bin Mahayuddin nama di beri. Aku di lahirkan di Hospital Daerah Mersing.
Kediaman Keluargaku di Kampung Air Merah, Mersing, aku berasal dari keluarga yang susah tetapi bahagia. Ibu bapaku bekerja untuk menyara aku dan keluarga. Nenek aku lah yang sentiasa menjagaku sewaktu ibu bapaku pergi memerah keringat mencari rezeki. Genap setahun umur ku ibu bapaku membuat kenduri kesyukuran dan sambut ulang tahun hari lahir ku secara kecil kecilan dengan menjemput saudara mara dan jiran tetangga. Tidak lama kemudian, tanggal 23 Febuari 1990 bersamaan dengan 27 Rejab 1410 pada hari Jumaat ibuku telah melahirkan cahaya mata yang kedua, Mohamad Izuddin bin Mahayuddin di beri nama, itulah adik lelaki ku yang pertama. Aku berasa amat gembira sekali kerana aku mempunyai seorang adik dan tempat aku bermain dan bergurau senda.

Bersambung...........

No comments:

Post a Comment